Friday 15 July 2016

Petua Melayan Suami

Bukan mudah menjadi seorang perempuan bergelar isteri , sebab itulah selalu diperkatakan tugas dan tanggungjawab menjadi isteri sangat berat terutama sekali pada zaman moden dan serba mencabar ini. Segala-galanya berubah , persekitaran berubah. Komunikasi juga berubah dan dunia hari ini sentiasa berubah. Perubahan ini berlaku setiap hari menyebabkan tugas menjadi isteri bertambah payah.

Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berjaya kerana tidak bermakna anda tidak boleh melepaskan tugas dan tanggungjawab terhadap suami. Walaupun bekerja anda tetap isteri yang mesti melayani suami dengan baik.
* MURAHKAN SENYUMAN kalau anda balik dulu bila suami sampai jangan masamkan muka macam cuka. Walaupun anda ada masalah di pejabat atau dengan kawan-kawan juga suami apabila dia pulang maka senyumlah.

Orang lelaki sangat memerlukan senyuman isteri kerana itulah menjadi pengubat kepada segala masalah. Setelah lemparkan senyuman berikan berikan wajah yang ceria supaya suami juga akan begitu. Tugas ini mudah tetapi bukan senang untuk melakukannya tetapi sebagai isteri anda tidak ada pilihan lain. Wujudkan suasana ceria  dan menenangkan.

*Kalau isteri bekerja dia juga letih tetapi JANGAN TIMBULKAN SUASANA TEGANG apabila suami balik. Umpamanya bercakap kasar , merungus , dan hempas pintu kereta atau hempas kaki kerana marah.

*JANGAN BESARKAN PERKARA KECIL kadang-kadang orang lelaki ini malas sedikit dia terlupa atau sengaja tidak merapatkan pintu rumah. Jangan menjadikan benda remah-temah ini suatu isu besar yang boleh mencentuskan ketegangan.

*KALAU ANDA TERMAMPU BAWAKAN BEG ATAU FAIL-FAILNYA KE DALAM RUMAH.
Walaupun dia boleh berbuat demikian tetapi usaha anda sangat-sangat besar maknanya.

Thursday 6 December 2012

Santan Perahan Isteri

Pepatah orang tua-tua mengatakan beri suami makan air perahan tangan supaya sentiasa disayangi . Kata-kata orang lama ini semakin dilupakan kerana orang-orang sekarang yang rata-rata berpelajaran tinggi  beranggapan semua itu karut. Lagipun manalah sempat hendak memberi suami makan air tangan sendiri kerana kebanyakan isteri moden bekerja. Jadi , suami terpaksa diberi makan air perahan tangan mamak.

Tidak hairanlah perangai suami lebih kurang dengan perangai mamak. Suka pukul isteri, seksa isteri dan macam-macam lagi kerana suami setiap hari makan air perahan tangan mamak. Ramai suami yang menghabiskan masadi kedai mamak bukan dengan isteri tetapi dengan kawan-kawan disebabkan air basuhan tangan mamak. Sebenarnya kalau isteri bekerja memang letih ,manalah ada masa memasak untuk suami.

Nampaknya , petua orang tua-tua ini tak boleh dipakai kerana isteri sentiasa sibuk tetapi sebenarnya tidak. Cuba cari suatu hari umpamanya hari minggu , cuba masakkan apa yang suami suka makan. Umpamanya masak lemak cili padi , apabila memasak jangan membeli santan yang sudah diperah . Beli santan yang belum diperah, isteri kena perah sendiri santan tersebut.

Cara memerah juga tidak seperti memerah santan biasa , selawat tiga kali , kemudian perah santan dengan cara tegakkan ibu jari seperti menunjuk tandak bagus. Bukannya dengan cara menggepal. Boleh juga dengan memerah santan dengan menegakkan ibu jari tetapi dipusingkan ke bawah supaya santan tadi mengalir menerusi ibu jari ke dalam mangkuk. Amalkan setiap hari memerah santan.

Ini bukanlah ilmu penunduk seperti nasi kangkang tetapi petua supaya suami agar suami merasa puas makan masakkan isteri walaupun apa yang dimasak biasa sahaja. Itulah kata orang tua-tua menjinakkan suami dengan air tangan isteri.

Kemudian perah santan , biarkan santan melelehke bawah dari celah anak jari. Ulangi beberapa kali sehingga selesai dan selepas itu santan tersebut digunakan untuk masakkan kegemaran suami. Ini bukanlah ilmu hitam tetapi petua orang tua-tua untuk memastikan suami sentiasa menyayangi isteri.

Walau kemana dia pergi suami tetap teringat kepada isteri dan masakannya Dengan cara ini kasih sayang suami kepada isteri akan sentiasa mekar kerana ada rasa atau denyut dalam hatinya tentang isteri. ''sedapnya masakan isteri aku,'' kata hatinya menyebabkan kasih sayangnya akan terus mewangi sampai bila-bila.

Selain masakan gulai petua ini juga boleh digunakan sekiranya kita ingin membuat kuih muih kegemaran suami atau apa-apa sahaja masakan yang menggunakan santan. Amalan ini mudah dan sangat berkesan untuk memastikan suami sentiasa sayangkan isteri

Bagaimanapun petua ini perlulah diamalkan sekurang-kurangnya seminggu sekali kerana tidak mungkin bagi isteri bekerja melakukannya setiap hari. Biarlah penat sedikit memerah santan kelapa janganlah biasakan guna santan kara.

Apa yang berlaku sekarang isteri jarang mengguankan santan yang diperah sendiri  , mereka sering membeli santan yang sedia siap diperah , santak kotak dan sebagainya menyebabkan sami tidak merasa air tangan isteri. Apabila suami nakal serta merta isteri menyala suami. Nakal, miang , gatal dan pelbagai tuduhan dilemparkan tetapi isteri tidak pernah berusaha menambat hati suami dengan  tangannya sendiri , bukan sihir atau ilmu hitam .

Bagi isteri-isteri yang menjadi suri rumah sepenuh masa bolehlah melakukannya dua atau tiga kali seminggu, amalkan mudah-mudahan kesannya akan dapat dirasakan dan rumahtangga akan terus bahagia dan aman damai.